Advertisement - Contact Us

(BONGKAR) PANAS!!! Ucapan Datuk Seri Shariff Omar Hanya Membuka Pekung Sendiri, Pekung Puluhan Tahun Memimpin Tasek Gelugor Dan PERDA... #SahabatSMB

KENYATAAN BALAS DARIPADA KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN TASEK GELUGOR BERHUBUNG ISI CERAMAH TIMBALAN PENGERUSI PENAJA PPBM P. PINANG PADA 23.4.2017 DI HADAPAN RUMAH SHARIFF OMAR POKOK MACHANG.

Merujuk pada ucapan Ketua PPBM Tasek Gelugur yang mana menuduh Pemuda mendapat tanah milik perda.


Saya selaku Ketua Pemuda UMNO Tasek Gelugur ingin memohon penjelasan daripada Shariff Omar pemuda mana yang beliau maksudkan.

(IKLAN)

  agoda.com INT

Seandainya ucapan beliau merujuk kepada Pemuda Tasek gelugur saya ingin meminta beliau agar kemukakan bukti dan membuat laporan dengan kadar yang segera agar siasatan secara menyeluruh dapat dijalankan

Saya bersedia pada bila bila masa untuk disiasat jika ucapan beliau itu merujuk pada Pemuda Tasek Gelugur.


Amat mudah untuk melemparkan tuduhan tanpa mengemukakan bukti dan apabila tuduhan yang dilemparkan datangnya dari seorang bekas pemimpin yang sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab.

Sekiranya beliau tidak mengemukakan bukti kata kata beliau hanyalah fitnah yang amat jahat dan dendam beliau amat menebal terhadap pimpinan UMNO Bhg Tasek Gelugur.

(IKLAN)



Tentang cadangan beliau agar pemuda mengadakan demo berkenaan dengan isu 1MDB ingin saya tekankan di sini bahawa saya juga ingin mencabar beliau dan armada PPBM untuk membuat demonstrasi terhadap salah laku Ketua Menteri pujaan beliau Guan Eng agar melepaskan jawatan.




Saya juga musykil bahawa beliau yang dahulunya lantang mengkritik DAP tetapi sekarang mengangungkan DAP yang katanya lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional yang beliau dokong dan sanjung dahulu.

Mohd Nashrol Hisham Bin Abdullah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Tasek Gelugur.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama