Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! Anak Pak Sarip Biadap! Menghina Bangsa Melayu, Bangsa Yang Pernah Mengangkat 'BAPAK' Ko Selama Puluhan Tahun Lamanya... #SahabatSMB

DATO' SERI MOHD SHARIFF OMAR MEMANG BANYAK BERJASA KEPADA UMNO DAN TASEK GELUGOR, YANG PATUT DIKENANG... NAMUN AKHIRNYA TERPAKSA REDHO, MENAMATKAN KARIER POLITIK SEBAGAI 'PENGKHIANAT UMNO...


Tak perlu pun rasanya untuk menghina org Melayu, bangsa, Melayu... masih banyak lagi cara untuk tampil tonjolkan diri... malah kita akan lebih dihormati jika cara kita tampil dan tonjol menyerlahkan kematangan dan level pemikiran melalui idea2 yg bernas atau dengan cara kritikan2 yg membina... apabila kita tampil secara menyakitkan hati pihak lain, tidak ada lain, kita hanya akan membangkitkan kebencian dan perasaan meluat pihak tersebut...

Walaupun hal ini mungkin cuma perkara kecil, tp bilamana ia keluar dari mulut seorang yg dihormati, setidak-tidaknya dihormati di kawasannya dulu, tentulah akan ada pihak yg terluka... mereka terasa bukanlah disebabkan kata2 itu sangat, tetapi kerana mereka kenal siapa Mohsein, latar belakang Mohsein dan keluarga... mereka tahu Mohsein juga sebenarnya datang dari keluarga yg satu ketika pernah bergantung harap kepada sokongan dan sanjungan orang Melayu... tentulah sangat tidak wajar apabila Mohsein tergamak menghina bangsa sendiri hanya kerana hari ini Mohsein mahupun keluarga sudah tidak lagi mewakili orang Melayu... adakah ini juga bermakna Mohsein dan keluarga juga sudah tidak sehaluan dgn perjuangan Melayu? Sedangkan perjuangan ini tidak pernah berubah, dulu, kini dan selamanya...




Aku tetap anggap kawan, walaupun sudah lama tak bersua, tambahan pula kini sudah berbeza pendirian politik... mungkin ramai yg tidak kenal pemilik gambar ini, tetapi jika sebut nama ayahnya, mungkin ramai yg masih ingat akan kewujudan Datuk Seri Mohd Shariff Bin Omar dalam kancah politik negara sekitar tahun 80an, 90an hingga sekitar 2008...


Jawatan terakhir DS Shariff dalam kerajaan adalah sebagai Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani... beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor yg paling lama, iaitu sejak mula2 UMNO Bahagian Tasek Gelugor wujud hingga 2009... beliau pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk beberapa penggal, pernah juga dipilih sebagai ADUN Sungai Dua, yg mana ketika itu beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri P. Pinang...

Pada sekitar awal 80an, berlaku persempadanan semula kawasan pilihanraya... bèerti beberapa kawasan UMNO Bahagian juga perlu dirombak... ini termasuklah di Tasek Gelugor... 3 kawasan iaitu Bagan, Permatang Pauh dan Kepala Batas dikecilkan untuk diwujudkan satu lagi bahagian baru iaitu Tasek Gelugor... DS Shariff ketika itu merupakan pemimpin UMNO di Permatang Pauh dan Permatang Pauh mewakili cawangan yg terbanyak yg akan diserap masuk dalam bahagian yg baru ini, mewakili lebih 30 UMNO Cawangan,,,

Seperti lazimnya, ada UMNO Bahagian bermakna perlu jugalah ada senarai kepimpinannya... setelah penggabungan berlaku, maka berlaku pemilihan ahli jawatankuasa, dan DS Shariff bersedia untuk memikul tugas sebagai Ketua UMNO Bahagian... tidak semudah itu, seorang lagi pemimpin yg terlibat dlm penggabungan ini adalah Allahyarham Tn. Hj. Mohd Yusof Bin Salleh.... dari segi senioriti, Allahyarham Hj. Yusoff berkelebihan, tambahan pula beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Mata Kuching (merangkumi sebahagian Bagan, Sungai Dua hingga Telok Ayer Tawar), dan juga bekas ADUN Bagan Ajam...

Dan sperti yg kita tahu, senioriti bukanlah kritera utama, yang penting adalah sokongan ahli... memandangkan DS Shariff datang dari Permatang Pauh mewakili lebih 30 cawangan, yg menjadi majoriti, manakala Hj. Yusof pula mewakili cawangan dari Bagan yg hanya sekitar 10 cawangan, dan cawangan dari Kepala Batas sekitar 5 cawangan lebih bersikap neutral dan sedia menyokong sapa sahaja yg menjadi majoriti, maka jelaslah, DS Shariff berjaya menewaskan Hj. Yusof, menjadi Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor yg pertama...


Kejatuhan DS Shariff bermula tahun 2008, ketika PRU 12... Pak Lah yg ketika itu merupakan Presiden UMNO telah membawa masuk Tan Sri Nor Mohamed Yaacop sebagai calon 'payung terjun' ke Tasek Gelugor... menariknya, kehadiran TS Nor disambut baik oleh DS Shariff tanpa sebarang protes, sekalipun DS Shariff sedar yg dirinya akan kehilangan kerusi Parlimen Tasek Gelugor... malah DS Shariff turut menolak tawaran untuk bertanding bagi kerusi DUN... Mohsein juga turut ditawar kerusi DUN yg sama setelah bapanya menolak, namun Mohsein juga menolak tawaran tersebut...

Di sini mulanya kesilapan DS Shariff... pemimpin yg menduduki kerusi sbg Ahli Parlimen mahupun sbg ADUN, mempunyai kelebihan untuk mendapat jawatan di peringkat UMNO Bahagian... walaupun DS Shariff menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian, namun tanpa back up sbg MP atau ADUN, ia boleh menjadi satu kelemahan...

Mungkin DS Shariff menjangka TS Nor tak mungkin akan mencabar kedudukannya sbg Ketua UMNO Bahagian, memandangkn TS Nor masih baru di Tasek Gelugor... memang benar, TS Nor menolak untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian, namun DS Shariff terlepas pandang dengan seorang lagi calon yg berpotensi besar... calon yg dimaksudkan adalah YB Datuk Shabudin Bin Yahaya...

Datuk Shabudin ketika itu merupakan ADUN Permatang Berangan untuk penggal yg ke 2... beliau juga merupakan anak tempatan bg kawasan Tasek Gelugor dan pernah menjawat jawatan sebagai Yang Di Pertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri P. Pinang (MAINPP)... dengan berlatarbelakangkan seorang agamawan, dilahirkan di bumi Tasek Gelugor, antara yg dikenali dan dihormati oleh warga Tasek Gelugor, sudah berada dlm saf kepimpinan bahagian sebagai ahli jawatankuasa dan menduduki kerusi DUN sbg aset yg kuat ketika itu, tentunya semua kriteria ini merupakan satu kelebihan yg melayakkan Datuk Shabudin mengambil alih pentadbiran UMNO Bahagian Tasek Gelugor drpd DS shariff...


Dan seperti dijangka, pemilihan agong UMNO 2009 menyaksikan pertembungan antara penyandang Ketua UMNO Bahagian, DS Mohd Shariff, dicabar oleh YB Datuk Shabudin Yahaya yg turut disokong oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor yg baru ketika itu, TS Nor Mohamed Yaacop... bagi seorang yg berstatus ADUN, dan disokong pula oleh Ahli Parlimen, tentulah memberi kelebihan kpd YB Datuk Shabudin, sedangkn DS Shariff ketika itu hanya bergantung penuh  kpd sokongan ahli UMNO yg pada masa itu sudah mula berbelah bagi antara kedua-dua calon... dan seperti yg kita sedia maklum, DS Shariff akhirnya tersingkir setelah tewas kpd YB Datuk Shabudin... manakala calon Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Naib Ketua UMNO Bahagian berjaya dimenangi oleh calon pro DS Shariff, iaitu, Datuk Jasmin Hamid dan Dato Zulkifli Yahaya...

Dengan kekalahan tersebut, maka berakhirlah karier politik DS Shariff... DS Shariff cuba membuat come back dlm PRU 13, dgn cuba untuk memujuk Najib agar menyerah kembali kerusi Parlimen Tasek Gelugor kepadanya, setelah berjaya mendesak Tan Sri Nor untuk tidak mempertahankan kerusi tersebut... namun Najib memilih untuk meletakkan Datuk Shabudin sebagai calon Parlimen, memandangkan beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian dan setelah berbincang dgn kepimpinan UMNO Negeri P. Pinang...

Hal ini sangat mengecewakan DS Shariff, sebagai tanda protes, DS Shariff telah bertindak membelakangi keputusan pucuk pimpinan parti, apabila beliau memilih untuk turut bertanding dalam PRU13 sebagai calon BEBAS di kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Sungai Dua... dan seperti dijangka, DS Shariff tewas di kedua-dua kerusi, iaitu tewas kpd Datuk Shabudin di kerusi Parlimen, dan tewas juga kpd YB Mohd Yusoff Bin Hj Md Noor di DUN Sungai Dua... lebih malang apabila beliau turut hilang wang pertaruhan dlm PRU tersebut...


Susulan daripada tindakan beliau yg bertanding sbg calon BEBAS, Lembaga Disiplin UMNO akhirnya terpaksa mengambil tindakan tegas iaitu memecat keahlian UMNO, bukan sahaja ke atas DS Shariff, malah anaknya, Mohsein turut dikenakan tindakan kerana mensabotaj jentera parti dan menjadi pengurus kempen kepada ayahnya...

Kini, setelah dipecat, DS Shariff telah memilih untuk bersama-sama dgn Datin Seri Wan Azizah berjuang di dalam PKR... Maka, pulanglah DS Shariff ke kampung asalnya, Permatang Pauh...


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama