Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! EXCO Pemuda UMNO Kena 'JUAL' Dengan Hanya Seorang Ketua Cawangan... Terima Hukuman Dan Tak Perlu Serlahkan Lagi KEBODOHAN Anda... #SahabatSMB

EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA DIGANTUNG KEAHLIAN SELAMA 6 TAHUN!!! TAK PERLU BAGI APA2 ALASAN LAGI...


Mungkin ramai yg sudah sedia maklum tentang penggantungan keahlian seorang EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selama 6 tahun... Mohd Rafiq Naizamohideen digantung hak sebagai ahli UMNO, termasuk tidak dibenarkan memilih, dicalonkan atau bertanding mana2 jawatan sepanjang tempoh tersebut... malah, semua jawatan yh sedang disandang beliau termasuk EXCO Pemuda turut gugur dgn sendirinya...

Tindakan diambil selepas Ketua Menteri Melaka yg juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka, YAB Dato' Seri Idris Harun telah membangkitkan salah laku yg telah dilakukan oleh Rafiq dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri dan dipanjangkan kepada Lembaga Tatatertib UMNO...

Rafiq dikatakan telah menjemput Tun Mahathir secara rasmi untuk hadir dalam satu majlis yg cuba dianjurkan oleh salah sebuah UMNO Cawangan dalam negeri Melaka... menurut Rafiq pula, seorang rakannya yg juga merupakan Ketua UMNO Cawangan Paya Rumput bercadang untuk mengadakan satu program berbentuk ceramah berkisar kpd hala tuju UMNO, dan mahu menjemput Tun Mahathir sbg penceramahnya... rakan Ketua Cawangan tersebut telah meminta bantuan saya untuk dipanjangkan surat jemputan ke pengetahuan Tun M... Rafiq menafikan yg dirinya terlibat dalam cadangan penganjuran program tersebut... beliau hanya menerima surat tersebut dan telah meminta salah seorang kakitangan dipejabatnya untuk menyerahkan surat jemputan itu ke pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana...




Namun, setelah menyedari bahawa pihak penganjur tak mungkin dapat mengawal isi ceramah yg akan Tun M berikan, maka atas nasihat Rafiq, pihak penganjur yakni pihak UMNO Cawangan Paya Rumput bersetuju untuk membatalkan penganjuran program tersebut...

Bagi aku, tindakan Rafiq merupakan satu tindakan yg tidak bijak, dan selaku penyandang jawatan yg tinggi di peringkat Pemuda UMNO Pusat, beliau sepatutnya lebih peka, prihatin dan bertanggungjawab ke atas setiap tindakan yg akan diambil... untuk makluman, program ceramah tersebut sepatutnya diadakan pada bulan Disember 2015 yg lalu...

Kita sedia maklum, isu serangan Tun M ke atas Najib dan UMNO memuncak bermula bulan Jun 2015... sepanjang tempoh bermula bulan Jun hingga Disember, sudah banyak perkara yg jelas bertentangan dgn dasar UMNO malah secara terbuka menyerang kepimpinan UMNO dilakukan oleh Tun M...

Walaupun Tun M masih merupakan ahli UMNO ketika itu, namun ia tidak boleh dijadikan alasan oleh Rafiq untuk membantu atau membenarkan Tun M menggunakan pentas UMNO, di peringkat mana sekalipun termasuk peringkat cawangan, jika kesannya boleh mendatangkan mudarat dan perpecahan secara jelas di kalangan ahli UMNO... dan selaku pemimpin pemuda, Rafiq perlu lebih alert akan hal seperti ini... melainkan jika memang Rafiq bercadang mahu membantu Tun m...




Kedua, Rafiq juga tidak sepatutnya mempertikai keputusan Lembaga Tatatertib yg telah menghukum dirinya, sedangkan org lain yg melakukan kesalahan lebih besar masih bebas... ini menunjukkan ketidakmatangan dan ketidakbertanggungjawaban Rafiq menyelesaikan isu, tambahan pula beliau memegang jawatan yg tinggi... beliau sepatutnya menjadi contoh teladan yg baik kpd ahli yg lain, khususnya golongan muda... ini bukan hanya tentang hak kebebasan bersuara, tetapi lebih besar lagi, ia melibatkan pengkhianatan dan unsur sabotaj, sesuatu yg tidak boleh dibiarkan berlaku di dalam UMNO...



Sekali lagi ingin ditegaskan, hukuman yg dikenakan ke atas Rafiq memang sesuatu yg wajar dan tepat... walaupun agak berat, namun ia satu pengajaran yg baik kpd ahli yg lain agar lebih cermat dan berhati-hati sebelum melakukan sesuatu tindakan... apatah lagi apabila diberi amanah memegang jawatan dalam parti, ahli UMNO perlu menilai sedalam-dalamnya kesan positif dan negatif serta implikasi akibat daripada satu-satu tindakan yg kita ambil, walaupun hanya atas niat untuk membantu...


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama