Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! Azmin Pegang 'TELOQ' Anwar Dengan Tangan Tun M... Tun M Akan Curi Kelebihan Milik Anwar Menggunakan Rahsia Dalam Simpanan Azmin... #SahabatSMB

MASIH ADA PELUANG UNTUK ANWAR BERUNDUR, WALAUPUN BERADA DI KEDUDUKAN BERKELEBIHAN... MELAINKAN ANWAR YAKIN BAHAWA TUN M HANYA BERMAIN 'BLUFFING POKER' DALAM HUBUNGAN TERBARU MEREKA...


Umum sudah ketahui tentang kehadiran Tun M di mahkamah serta pertemuan 2 pemimpin yang pernah menjadi seteru kuat antara satu sama lain, iaitu Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir... pertemuan tragis ini tentunya telah mengundang 1001 spekulasi dan teka teki... tentunya spekulasi yg paling kuat adalah berkenaan sejauh mana keikhlasan kedua-dua pemimpin ini, pada ketika tangan kedua-dua mereka bersalaman...

Tak perlu rasanya untuk diulang cerita sejarah hubungan mereka... satu dunia sudah sedia maklum... apa yg mungkin menarik perhatian adalah apa yg akan berlaku selepas ini... adakah hubungan yg terjalin ini akan dapat menggugat kekuatan kepimpinan YAB Perdana Menteri?


Mungkin ramai yg tidak bersetuju jika aku katakan bahawa apa yg berlaku di mahkamah tempohari sebenarnya sudah dirancang oleh Tun M... bilamana Tun M bersedia menjalin hubungan baik dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, bermakna memang sudah ada dalam perancangan Tun M untuk mempergunakan PKR... tinggal lagi mungkin kerana keadaan semasa yg ketika itu belum benar2 mendesak Tun M, atau lebih tepat lagi apabila Tun M masih ada strategi lain, menggunakan talian hayat yang lain, maka Tun M kurang memberi tumpuan untuk memanfaatkan PKR... dan kini, apabila sebahagian besar strateginya gagal, maka Tun M terpaksa beralih kpd kekuatan yg ada dalam Pakatan Harapan, khususnya PKR...

Tun Mahathir...


  • Tun M tidak ada pilihan lain selain terpaksa menggunakan kekuatan PH jika mahu mencapai matlamatnya... matlamatnya datang dalam bentuk pakej, iaitu menjatuhkan kepimpinan Najib dan memastikan Mukhriz bergelar Perdana Menteri... Tun M perlu pastikan apa jua strategi yg akan digunakan, ia mestilah dapat mencapai kedua-dua matlamat tersebut...
  • Muhyiddin bukan lagi aset terkuat bagi Tun M, malah kini sudah menjadi liabiliti yg boleh mengundang kegagalan... bermakna Tun M perlu mencari proksinya yg baru, manakala parti Pribumi yg baru diluluskan penubuhannya hanya akan menjadi platform untuk Mukhriz melompat ke atas dengan cepat...
  • PKR adalah pilihan terbaik, jauh lebih baik berbanding PAN yg terlalu condong menyembah DAP, untuk dijadikan proksi Tun M... namun Tun M tahu, pengaruh Anwar terlalu kuat di dalam PKR... bermakna, untuk menguasai PKR, Tun M perlu terlebih dahulu menguasai Anwar Ibrahim...
  • Dan untuk menguasai Anwar, Tun M perlu menggunakan kuasa dalaman yg ada dalam PKR... Azmin adalah pilihan terbaik memandangkan kedudukan beliau selaku orang no 2 PKR, serta pernah mempunyai hubungan yg akrab dgn Anwar...

Anwar Ibrahim...

  • Anwar sebenarnya sudah tahu lebih awal lagi bahawa Tun M berhajat untuk 'berbaik' dengannya... Azmin sendiri pernah mencadangkan agar Tun M diberi peluang, dan ini telah menaikkan kemarahan Anwar... Anwar pernah menulis surat agar PKR berhati-hati dengan belitan Tun M, seperti yg pernah didedahkan oleh Shamsul Iskandar...
  • Anwar juga tahu tentang kewujudan pakatan di belakangnya, melibatkan Azmin dan Tun M untuk menguasai blok pembangkang... dan Anwar juga sedar bahawa hanya Azmin sahaja yg 'tahu' bagaimana untuk menjatuhkan dirinya... ini bermakna, pakatan antara Azmin - Tun M merupakan satu ancaman yg sangat berbahaya bagi diri Anwar...
  • Anwar telah mengarahkan orang2 kepercayaannya, termasuk Rafizi agar menyerang Azmin... Anwar mahu sesuatu dilakukan bagi menggagalkan kemaraan Azmin - Tun M... malang bagi Anwar kerana tidak banyak yg dapat dilakukannya di sebalik tirai besi...




  • Kehadiran Tun M di mahkamah sebenarnya satu cabaran buat Anwar... Anwar tahu, Tun M tidak akan datang dengan tangan kosong... tambahan pula Tun M hadir bersama Azmin yg kini dianggap sebagai duri dalam daging dalam kem PKR...
  • tidak ada istilah ikhlas dalam setiap perancangan dan tindakan Tun M, melainkan segala-galanya mesti akhirnya memberi kelebihan kpd dirinya... jika benar Tun M ikhlas mahu berbaik dengan Anwar tanpa sebarang agenda tersembunyi, sepatutnya terlebih dahulu Tun M berbaik dan cuba untuk dapatkan kepercayaan drpd Wan Azizah dan Nurul Izzah terlebih dahulu... Tun M sepatutnya hadir di mahkamah bersama Wan Azizah, jika benar2 ikhlas mahu berbaik dgn Anwar, bukan memilih untuk muncul bersama Azmin...


Azmin Ali...


  • Seorang yang bercita-cita tinggi untuk bergelar Perdana Menteri...untuk itu, Azmin perlu melenyapkan dulu bayang2 Anwar di hadapannya... dan ini perlu dilakukan secara halus bagi mengelakkan dirinya hilang pengaruh dan kekuatan dalam PKR...
  • seperti orang mengantuk disorongkan bantal, kehadiran Tun M merupakan satu peluang yg baik untuk Azmin mencapai cita-citanya... ya, Tun M akan mempergunakannya untuk mendapatkan pengaruh daripada PKR termasuk drpd kem Anwar... manakala, Azmin tidak akan melepaskan peluang menggunakan Tun M untuk melenyapkan bayang2 Anwar...
  • banyak pihak beranggapan bahawa Anwar lebih mendapat manfaat berbanding Tun M, jika hubungan mereka berdua dapat dipulihkan... Tun M kelihatan seperti begitu terdesak untuk mengharapkan sokongan Anwar... logiknya, Anwar boleh mengambil kesempatan di atas keterdesakan Tun M...



  • cuma, mungkin ramai yg terlupa keistimewaan yang ada kpd Tun M... seperti yg akukatakan di awal tadi, apa juga strategi Tun M, keutamaannya, pakej matlamatnya mesti boleh tercapai... Tun M tidak akan berbaik dgn Anwar jika tidak ada peluang untuk dirinya mencapai pakej matlamatnya itu...ini bermakna, Tun M berkeyakinan akan dapat mencuri kelebihan yg sepatutnya menjadi milik Anwar... dan Azmin menjadi aset terpenting Tun M kini...
  • banyak rahsia Anwar yg ada dalam simpanan dan pengetahuan Azmin... Azmin sudah bersama Anwar sejak dari dalam UMNO lagi... tentunya inilah yg paling Anwar risaukan... sebelum ini, Anwar mungkin berkeyakinan bahawa Azmin tidak boleh menyerang dirinya direct menggunakan rahsia milik mereka... tindakan tersebut hanya akan menybabkan penyokong PKR menolak Azmin... tetapi kini, Azmin boleh menggunakan Tun M untuk menelungkupkan Anwar...
  • dan semua ini hanya akan berlaku jika Najib benar2 akan berjaya dijatuhkan, sekaligus kjaan UMNO BN akan tumbang... dan sebagai balasan, Tun M perlu bersetuju untuk menjadikan diri Azmin sebagai proksi berkedudukan Perdana Menteri, setelah mereka berjaya menutup mulut Anwar...


Sebab itu, bagi aku, orang yang akan mendapat paling banyak manfaat jika senario yg telah aku bangkitkan menjadi kenyataan, adalah Azmin Ali... apa yg perlu Azmin lakukan sekarang adalah memastikan dirinya terhindar daripada sebarang salah laku yg boleh menggagalkan misinya... dia perlu pastikan segala bukti2 yg boleh mencalar imej dan kedudukannya, dihapuskan dengan segera...

Dan kemudian, Azmin hanya perlu menyelusur arus mengikut kehendak Tun M... Azmin tidak boleh terlalu menonjol menyerang bossnya, Anwar... biarkan tugas itu kemudian diambil alih oleh Tun M, menggunakan 'aset2' miliknya yg selama ini menjadi rahsia Azmin dan Anwar... bermakna, Tun M perlu menggandakan usaha untuk menjatuhkan Najib dan kemudian Anwar... dan kemudian Azmin sebagai proksi Tun M akan mengambil alih jawatan PM, sebelum kemudiannya diserahkan pula kpd Mukhriz yg menanti menggunakan platform Pribumi (mengikut pelan Tun M)...


Bagaimana pula halnya dengan Muhyiddin Yassin? sepertimana yg didedahkan oleh RPK, TSMY kini sedang sibuk bergelut dengan masalah peribadi yg tak semena-mena menyelubungi dirinya... skandalnya, Nika Gee dikatakan telah diceraikan oleh suaminya, Stanley Agustine... TSMY kini ada dua pilihan... samada memilih untuk tidak mempedulikan skandalnya itu, yg akan menyebabkan dirinya terus terpalit dengan salah laku moral, atau memilih untuk selesaikan isu skandalnya itu dengan mengahwini Nika Gee... tentunya pilihan ini bakal mencetuskan perang rumahtangga yg hebat antara TSMY dan isterinya yg selama ini setia berada di belakangnya... yg pasti, apa pun pilihan TSMY, dirinya sudah dianggap liabiliti bagi Tun M...


Mukhriz??? tak banyak yg boleh disumbangkannya... memang Mukhriz tidak mempunyai kekuatan untuk membantu ayahnya... kini jelas, Mukhriz memang terlalu bergantung kpd strategi dan gerak kerja Tun M... malah pengaruh dan sokongan yg memang asal dari Mukhriz pun seolah-olah tidak wujud... adakah ini calon PM yg layak untuk menggantikan Najib, sepertimana yg Tun M mahukan?


Apa tindakan selanjutnya daripada Anwar? Adakah Anwar sanggup mengambil risiko menjalinkan hubungan dengan Tun M, dengan andaian bahawa Tun M, mahupun Azmin tidak mempunyai senjata yg cukup kuat untuk mengambil alih kelebihan yg ada pada dirinya kini... atau mungkin dengan andaian bahawa Tun M hanya bermain 'Bluffing Poker', berlagak seperti sedang memegang kad yg kuat, walhal hanya paired 2 di tangan Tun M...

Anwar masih sempat untuk menarik diri dan menolak untuk berbaik dengan Tun M... maklum sajalah, dosa dan penganiayaan yg pernah Tun M lakukan terhadap dirinya dan keluarganya cukup besar, itulah yg penyokong PKR percaya hingga kini... dan mereka tentu tidak akan menyalahkan atau melabel Anwar sebagai pengecut jika memilih untuk menarik diri..


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama