Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! Rahsia Tun Mahathir Terbongkar... Tun M Pernah Disembunyikan Oleh Kerabat Istana Untuk Mengelak Ditangkap!!! #SahabatSMB

'THE MALAY DILEMMA' ADALAH RETORIK PEMBOHONGAN SULUNG OLEH TUN M... AKHIRNYA, BELIAU JUGA MENJADI KELDAI KEPADA KAPITALIS CINA...


Hilang kemasyhuran, hilang kebanggaan, hilang maruah, hilang jati diri, hilang prinsip, yang tinggal hanyalah sekelumit rasa simpati... itu pun sedang terhakis sedikit demi sedikit... apabila terus-terusan menyalak bukit, akibatnya, yg sedang dikendong pun jatuh berciciran satu persatu...

■ Tun Dr Mahathir menulis buku The Malay Dilemma sebagai tindak balasnya kepada tragedi 13 Mei 1969 dan beliau telah tewas pada pilihanraya umum 1969 (disebabkan kaum Cina memilih PAS). Buku itu telah disenaraikan sebagai menghasut dan terlalu berbaur perkauman. Kerajaan Pusat pada ketika itu tiada pilihan selain mengharamkan buku tersebut dan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mahukan Dr Mahathir ditangkap namun telah dinasihatkan tidak berbuat demikian.


■ Malah, Ahli Parlimen Rawang, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman, anak kepada Yang Di Pertuan Agong yang pertama, membantu menyembunyikan Dr Mahathir bagi mengelakkannya dipenjarakan.

■ Maka sesuatu yang amat pelik apabila selepas itu Tun Dr Mahathir bertindak sebagai anti-kerabat diraja walhal kerabat dirajalah yang menyelamatkannya. Mungkin kerana kebenciannya terhadap kerabat diraja menyebabkan beliau membenci Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah dan Majlis Raja2.

■ Buku The Malay Dilemma Dr Mahathir sarat dengan kemarahan dan racun. Kaum Cina sangat bimbang apabila Tun Dr Mahathir mengambil alih kerajaan pada 1981 sebagai Perdana Menteri dan mereka sudah bersedia apa yang bakal terhidang, kemungkinan besar pembersihan etnik kaum Cina dan pengusiran warga Cina keluar dari Malaysia.

■ Tetapi sebaliknya telah berlaku, mereka terkejut apabila mendapati Dr Mahathir rupanya sahabat paling baik kaum Cina, atau sekurang2nya bersahabat dengan kapitalis dan jutawan berbangsa Cina. Tun Dr Mahathir memilih jutawan Cina dan menjadikan mereka jutawan bilion. Malah Dr Mahathir turut memberikan RM3 bilion kepada kaum Cina pada pertengahan 1980-an ketika krisis ekonomi melanda Malaysia. (Dan apabila kaum Melayu membantah, beliau memberikan RM500 juta untuk menutup mulut mereka, maka beliau melakukan apa yang beliau tuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lakukan).


■ Persoalannya, adakah pada ketika itu Tun Dr Mahathir benar2 serius mengenai sentimen perkauman dan The Malay Dilemma atau hanya bermain wayang?. Adakah beliau berubah apabila menjadi Perdana Menteri, sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim berubah apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri atau hanya berlakon serta hanya menggunakan patriotisme kemelayuan sebagai landasan politik bagi melangkah lebih jauh (sama seperti DSAI menggunakan platform Islamnya)?

■ Tun Dr Mahathir perlu mengimbau kembali The Malay Dilemma yang ditulis 45 tahun lalu dan menulis yang baru dengan pindaan. Jika tidak, beliau telah menipu dan buku yang ditulisnya adalah satu pembohongan!.

■ Jika Dr Mahathir benar2 menterjemahkan dakwaannya di dalam buku The Malay Dilemma 45 tahun lalu kita tidak akan nampak beliau bekerjasama atau bersuhabat dengan jutawan Cina bagi menjarah kekayaan negara secara total.

■ Rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu telah dipermainkan. Kaum Cina menghentam Artikel 153 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walhal pada masa yang sama, jutawan berbangsa Cina yang berubah menjadi jutawan bilion disebalik tirai DEB.


■ Satu contoh yang paling jelas adalah perjanjian ERL.
Berdasarkan kepada renewal kontrak perjanjian terkini, kadar dipersetujui dan pembayaran daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) membuat unjuran perolehan lebih RM1 bilion setiap tahun bermula tahun 2017 dan RM2.5 bilion setiap tahun bermula pada tahun 2027.

■ Angka ini sangat besar jika mengambil kira kos pembinaan yang melambung kepada RM2.4 bilion dan YTL sudahpun memperolehi keuntungan besar daripada permulaan perolehan kontrak pembinaan dari Tun Mahathir.

■ Berdasarkan surat daripada Kementerian Kewangan kepada MAHB bertarikh 21 Ogos 1997 (Rujukan UPE(S)65/3/5), ia merujuk kepada satu memorandum daripada Tun Dr Mahathir yang mengarahkan MAHB untuk membayar Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) sebahagian daripada cukai lapangan terbang yang dikenakan terhadap penumpang domestik dan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia turut meliputi KLIA2.

■ Pembayaran MAHB kepada ERL ini bermula pada hari pertama operasi sehinggalah ke penghujung tempoh konsesi 30 tahun. Pembayaran ini akan meningkat 10% setiap tahun sehingga konsesi tamat. Ini bermakna, KLIA dan KLIA2 bakal menaikkan kadar cukai lapangan terbang bagi menampung pembayaran yang terus meningkat kepada ERL.


■ Melalui perjanjian konsesi ini, tambang ERL (diasingkan daripada cukai lapangan terbang) boleh meningkat kepada RM97 menjelang tahun 2019, kemudian kepada RM126 menjelang 2024 (berbanding RM35 ketika ini dan RM55 pada tahun 2017).

■ Jika kenaikan ini tidak dibenarkan, kerajaan terpaksa membayar berbilion Ringgit sebagai pampasan kepada ERL.

■ Selain itu (melalui perjanjian yang sama), terdapat klausa membenarkan YTL untuk melanjutkan konsesi kepada 30 tahun lagi. Ini bermakna YTL akan tetap ‘mencetak wang’ biarpun bos YTL sudah mati atau mereput dalam kubur mereka.


■ Overview: Apa yang ditulis Dr Mahathir pada Buku The Malay Dilemma? Adakah hanya sampah ditujukan kepada kaum Melayu agar memberi sokongan untuk beliau menjadi Perdana Menteri?.


Benarlah seperti kata bekas Setiausah Sulit beliau yang berbunyi;

"JANGAN DENGAR APA YANG MAHATHIR KATA TETAPI LIHATLAH APA YANG BELIAU BUAT..."

Sumber : Rozmi Mokhtar

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama