Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] Wajarkah Wang GST Anda Digunakan Untuk Bayar Pampasan Kepada YTL? Tun M, Apa Tun Dah Buat? #SahabatSMB

Bila cerita hal sebenar, korang kata nak letakkan kesalahan kepada 'orang lama'... bila buat diam jer, dah korang kutuk hamput kerajaan UMNO BN...


Kerajaan pun sebenaqnya bukanlah nak salahkan pemimpin terdahulu sangat, tapi apabila 'orang lama' pun asyik berlagak semacam 'Maha Sempurna', tu yg tak tahan tu...

Sebenaqnya, ada juga hikmah di sebalik kejatuhan ekonomi dunia ni... kerajaan yg turut terkesan secara langsung akibat kejatuhan harga minyak mentah, terpaksa mengenakan langkah berjimat cermat...

Bila dah berlaku mcm ni, rakyat setidak-tidaknya mula ambil tahu senario yg berlaku dlm pentadbiran negara... dulu mungkin rakyat kurang ambil tahu hal negara kerana dihidangkan kehidupan yg selesa...

Bayangkanlah... 14 tahun kerajaan di bawah pentadbiran Pak Lah dan Najib terpaksa membayar 'pampasan buta' kepada syarikat konsesi kerana tidak menaikkan harga tambang, sedangkan mengikut perjanjian yg dimeterai oleh pentadbiran sebelum Pak Lah, syarikat berhak menaikkan kadar tambang setiap 5 tahun atau kerajaan perlu membayar pampasan jika kerajaan tidak kenakan kenaikan harga kepada rakyat...


Kali terakhir tambang ERL dinaikkan adalah pada tahun 2002, sebelum peralihan kuasa kpd Pak Lah... manakala pada 2007 dan 2012, kerajaan terpaksa membayar pampasan kpd tokey konsesi iaitu YTL sebanyak RM2.9bil!!!

Lihat, betapa hebatnya kepimpinan sebelum Pak Lah, walaupun pada ketika itu pendapatan kjaan meningkat, dgn pendapatan hasil minyak saja mencecah RM70bil setahun, namun beliau tetap memilih untuk kenakan kenaikan kpd rakyat...

Berbeza halnya dengan zaman kepimpinan Najib, khususnya menjelang 2016... pendapatan negara hasil drpd minyak dijangka menyusut di bawah paras RM40bil, malah tidak mustahil ia boleh mencecah RM30bil...


Benar, Najib telah selaraskan semula sistem percukaian negara dgn memperkenalkan GST... Tun M tidak perlukan GST, malah beliau langsung tidak peduli hal percukaian ini, hinggakan peniaga mengambil kesempatan merompak hak pendapatan kjaan pun, Tun M tak kisah... kenapa??? RM70bil setahun sudah cukup untuk cover itu semua...

Najib terpaksa menyelidiki satu persatu sumber yg sepatutnya menjadi hak kjaan... sbb itu beliau terpaksa memperkenalkan GST... bg Najib, kenapa perlu dibiarkan para peniaga mengambil kesempatan merompak hasil yg sepatutnya milik kjaan... dgn memperkemaskan sistem percukaian GST, maka peniaga tidak ada ruang lagi utk 'makan kot atas' kerana setiap sen cukai yg dibayar oleh rakyat direkodkan di dalam sistem, malah kjaan juga berupaya menganggar pendapatan setiap peniaga yg berdaftar dan peluang untuk para peniaga ini mengelak drpd membayar cukai pendapatan semakin tipis...

Hasilnya, pendapatan negara hasil drpd GST sahaja, pada tahun 2016 dianggarkan mencecah RM39bil... dan hasil inilah sedikit sebanyak dapat menampung pendapatan kjaan setelah harga minyak dunia susut...


Persoalannya... adakah kita, sebagai sebahagian drpd pembayar GST, sanggup melihat wang kita itu digunakan untuk membayar pampasan kpd YTL? Berapa ramai di kalangan kita merupakan pengguna tetap perkhidmatan ERL???

Jadi, sebab itulah, kjaan perlu naikkan harga tambang ERL kali ini, supaya ia lebih adil kepada rakyat Malaysia yg lain khususnya yg tinggal di luar Kuala Lumpur...


Dan sebab itu jugalah, kjaan terpaksa menerangkan hal sebenarnya kepada rakyat, bukan untuk menyalahkan pemimpin terdahulu, tetapi untuk menerangkan bahawa kjaan sudah sedaya upaya melakukan pelbagai perkara bg mengurangkan bebanan rakyat... cuma, malang bagi beberapa perkara, kerana ia tidak dapat diubah dalam masa terdekat memandangkan kebanyakan penjanjian atau kontrak yg ditandatangani ketika zaman pentadbiran Tun M melibatkan tempoh waktu yang lama, mencecah antara 20 tahun ke 30 tahun... sebarang perubahan pada terma kontrak, melibatkan pembayaran gantirugi atau pilihan lainnya adalah menunggu hingga tamat tempoh kontrak... bagi ERL, dijangka tamat pada 2027...


By Padiyappa

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama